September 25, 2010

Raya tahun ini~~



Before cuti raya hari tu, aku selalu tak datang sekolah. Seminggu sekali. Cikgu Hamidah pun perasan. Hehehe.. Aku ade juga nak post pasal tu. Tapi tak TERpost pun. Jadi draft je.


Tapi aku liat nak pergi sekolah tu ada sebabnya. Sekarang baru perasan. Rupanya aku nak selalu ada kat ibu. Aku sendiri pun pelik, kenapa rasa malas tu banyak sangat.


Raya tahun ni memang raya yang paling buat aku sabar. Balik kampung, beg aku yang penuh dengan baju aku, termasuk baju raya, tertukar dengan beg laptop. Okay, kalau laptop yang boleh guna tak pe lagi. Ni laptop rosak.


Esoknya, sehari before raya aku shopping dengan cousin aku. Baju, beli sepasang sebab nak masuk tema. Yang lain-lain, pinjam dengan cousin aku. Ibu cakap, "Kesian anak ibu sorang ni. Pakai baju lain daripada yang lain". Aku redha je masa tu. Yela, takkan nak balik semula ke Kajang daripada Terengganu tu.


Nasib baik duit aku tolong mak aku jahit ada banyak. Shopping jela~



hah, ni lah baju yang aku beli tu. HAHA



Then masa balik dari kampung, dalam kereta, ibu cakap, "Kak Long, esok ambil motor, kak long bawa kereta masa balik eh? Ibu nak naik motor dengan ayah". Ibu ada beli motor before kitorang balik kampung tu. Cuma tak sempat nak ambil je. Ayah cadang nak ambil lepas balik dari kampung. Ibu kata, kalau ada motor, senang ayah and adik aku nak pergi surau nanti.


Pagi esok tu, sebelum Subuh lagi ayah aku kejut kitorang bangun tidur. Ibu sakit. Then, ibu dihantar pergi Hospital Kajang. Tapi lepas tu kena transfer pergi HKL. Ibu sedar lagi hari Jumaat and Sabtu tu. Tapi bila dah operation hari Ahad, ibu koma sampai hari Rabu. Tapi ibu tak sempat buka mata pun. Pukul 11.55 pgi, ibu pergi tinggalkan kitorang.


Nenek aku cakap, "Setiap tahun kita beraya, kita gembira. Takkanlah Allah bagi dugaan ni, kita tak boleh terima? Orang lain ada juga yang rasa sedih masa raya".


Walaupun nenek aku cakap macam tu, aku nampak dia tak sihat lepas ibu pergi. Yela, anak dia kan. Ibu meninggal hari Rabu, 22 September 2010. Seriously, sedih sangat. Tak pernah terlintas pun. Sebab memang tak nampak tanda-tanda tu. Macam mimpi je.


Sampai sekarang aku still tak pakai baju raya 4 pasang yang tertinggal tu. Tu baju last yang ibu jahit untuk aku. Aku nak pakai, tapi teringat kat dia. Mana taknya, dia tak sempat pun tengok aku pakai baju-baju yang dia jahit tu.




p/s : thanks kawan-kawan yang support aku, yang ucap takziah. aku tak reply, tak sempat. yang mana sempat je aku reply.

No comments: