February 23, 2011

Buat pertama kalinya ,



Aku rasa aku busy giler sekarang. Macam macam benda "buat pertama kalinya" aku buat. Okay, meh mai rapat rapat, dekat dekat, aku nak cerita sikit :D



@ Aku mem-busy-kan diri dengan buat sepanduk

Okay, aku mengaku, selama ni aku busy dalam sekolah pun, pasal volleyball and kelas je. Hari tu, aku busy dengan sepanduk rumah sukan. Kejadahhh, tak pernah pernah aku buat sepanduk, tiba tiba terhasil sepanduk rumah biru. HUAHAHAHA! Dengan idea seciput aku dan kerjasama daipada budak budak Mat Kilau :D



@ Aku menyemak jugak nak buat acara padang

Yela, disababkan aku ni ada jawatan dalam rumah sukan aku, aku datang la petang tu. Konon konon nak tolong tanda kehadiran budak budak je. Last last, rajin pulak berlari kat tengah padang, melompat macam kanggaru *konon konon jauh lah sangat lompat tuuu*, then baling bola besi yang bulat lagi hitam lagi berat tu. Mueheheee~ Tak pernah pernah kot. Tapi, lompat tinggi awal awal dah lari. Giler kauuu, aku takut tengok palang tu. Kang dia sodok perut aku, mati aku =.='



@ Aku pakai baju kurung dengan tudung sekolah dan kasut sekolah

Serius bengang gila masa tu. Adik aku pun cakap, "Kenapa bodoh sangat buat peraturan macam tu?". Iye. Aku sangat sangat akui benda yang adik aku cakap tu. Ada ke patut masa perarakan maulidur rasul kena pakai baju kurung plus tudung sekolah plus kasut sekolah? Macam budak sekolah rendah okayyyy~ Tapi adik aku sekolah rendah tak pakai macam tu pun =.='


see, macam budak sekolah rendah kan? dah dah, jangan menggedik nak gelak kat aku. dapat kasut kang.



@ Aku pakai selendang yang belit belit tu

Sebelum ni aku tak pernah pakai benda alah tu. Nad aku jugak pernah cakap, "Aku takkan pakai benda tu". Tapi hari tu TERkenan pulak kat sorang budak ni. Dia pakai nampak sangat sangat cantik. Aku ulang, SANGAT SANGAT CANTIK. Aku suka tengok. So, aku bertekad nak transform, try pakai selendang tu. So, ni lah hasilnya :



sorry, aku bajet buat muka sedih. sila faham dengan cerekarama aku ni yeee :D



Ehem, hasil yang jujurnya : Kakak aku serabut giler dengan aku hari yang aku pakai selendang ni sebab aku asyik dok tanya, okay tak? Okay tak? HEHEE, budak baru belajar kannnn XD


_____________________________________________________________________


Hah, tu sebab lah aku tak menulis beberapa hari lepas. Aku MINTA MAAF BANYAK BANYAK YEEEE~ Bukan sengaja, tapi sebab memang aku busy giler time tu. Maafkan aku tau, tau.






p/s : aku jugak buat pertama kalinya jumpa orang yang tak tau malu, buat kesilapan yang sama setelah ditegur dengan pedas dan berbisa. memang jenis muka tembok ouh =.='





No comments: