April 23, 2011

Bye bye Blogspot.com ,



Dah nak masuk bulan lima. Aku rasa aku dah makin cuak dengan SPM. Deyyy, siapa yang tak cuak dengan SPM? Ade kot. Tapi SIKIT jela.


Sebelum aku berhenti tulis blog ni sampai habis SPM, aku nak rendahkan ego aku, nak minta maaf banyak banyak kat semua ni haaaa :



sila baca, berderet tau. kot kot terkena kat kau. mana tau an?



First :

Pada family aku. Saudara, sepupu, nenek, moyang, mak ayah, adik beradik aku. Aku tau aku banyak buat salah. Banyak menyusahkan orang. Tapi aku naaaaak sangat restu korang semua. Pada yang lepas, yang akan datang.
ANGAH MINTA AMPUN BANYAK BANYAK.


Second :

Pada kawan kawan aku. Yang kat Kajang. Aku tahu ramai yang cakap aku makin sombong. SORRY. Bukan sombong, aku tak reti macam mana nak start bermesra mesraan dengan korang time chatting or texting. Aku reti bila depan depan je. Korang tau kan, aku tak suka texting and chatting. Tapi aku rindu nak bergosip apa semua. Aku rindu nak study and lepak lepak dengan korang macam dulu. Aku rindu semua tu. Malangnya, aku jauh daripada korang.
AKU MINTA MAAF BANYAK BANYAK TAU.


Third :

Pada kawan kawan aku juga. Yang kat Dungun. Its okay kalau korang menyampah or nak mengutuk aku. Aku memang banyak buat salah. Aku tahu tu. Sorry kalau korang terkejut dengan perubahan aku yang mendadak. Aku dah start pakai contact lens, aku dah start belajar gila gila tanpa peduli kat korang. Aku dah makin diam tak macam dulu. Aku dah mula menjauh sikit daripada korang. Aku tahu, aku perasan benda tu semua. Actually, aku memang macam tu. Dulu pun macam tu. Aku tak salahkan korang kalau nak bercerita hal aku pun. Sebab aku tahu, kita rapat, tapi tak berapa kenal. Aku sendiri pun macam tu. Sorry. Aku tak paksa korang berhenti musykil tentang personaliti aku cuma aku harap sangat korang tegur aku kalau aku ada buat silap.
So, ANIS MINTA MAAF BANYAK BANYAK.


Fourth :

Pada DIA and family DIA. Sorry, Anis pinjam dia sekejap. Untuk ceriakan life Anis, untuk buat Anis rasa dihargai. Sorry kalau masa Anis pinjam dia, Anis melalaikan dia. Or Anis buat dia berubah. Bukan sengaja, tak sedar dengan semua tu. Insyaallah lepas ni, Anis tarik dia belajar sama sama. Untuk buat kitorang berjaya sama sama. Tu janji Anis walaupun Anis errr... tak pandai. Tapi Anis try okay.
By the way, ANIS MINTA AMPUN BANYAK BANYAK.



Fifth :

Pada ENGKAU. Kau yang baca blog aku ni. Sesape jela. Aku minta maaf jugak kalau post(s) aku sebelum ni ada banyak buat kau terasa hati. Benda yang aku tulis based on life aku, tapi aku buat umum. Kiranya, kalau nak ambil pengajaran or iktibar boleh lah. Kalau nak perasan aku tulis kat engkau, boleh jugak. Cuma tak perlu lah nak serang aku. Nak kutuk belakang belakang boleh sebab nanti orang tau yang korang buat benda yang aku tulis tu. HUAHAHA~ Ehhh, dalam nak minta maaf pun nak bagi orang rasa pedas ke nis? =.='
Okay okay, AKU MINTA MAAF BANYAK BANYAK.


________________________________________________________


SPM ! Aku tak ready lagi untuk kahwin dengan kau. Sebelum 14 haribulan 11 tahun 2011 ni, aku akan pastikan aku dah siapkan segala galanya. Dengan pelamin, dengan baju pengantin, dengan hantaran ape semua. Aku takkan bagi kau kecewa. Aku pun tak nak aku merana. So, aku akan buat persiapan yang TERBAIK untuk kita :)



I will do the best ! Pray for me :)



Hope semua buat yang terbaik, semua dapat kejayaan. Oh yaaa, nak study! BYEEEE! Thanks all <3







p/s : aku tau lepas baca ni mesti ramai nak angkat kaki lari dari blog aku. tak pe la, unfollow pun tak pe sebab aku akan menghilang selama beberapa bulan. tak pe tak pe, tak terasa tak terasa. okay, bye! thanks sebab sudi follow blog aku selama ni =)



No comments: