Sedih la aku tengok budakbudak sekarang ni. Bercinta bagai nak rak, last last clash camtu je. Dah la baru tingkatan dua, tiga. Darjah empat, lima pun ada jugak? Serius, aku tak boleh kalau orang share problem pasal benda alah ni kat aku. Aku tengok pun tak boleh. Aku kesian.
Sebabnya, aku pun pernah hadapi benda alah camni. Tapi aku tak pernah ambil serius. Oh tipu. Pernah la ambil serius, tapi masa form 1. HUAHUAAA, bapak kecil aku masa tu. Jahil giler. Tak reti bercinta nak bercinta jugak xD Last last frust menonggeng tertonggeng. Zaman jahilliah sungguh. HAHA
By the way, kat sini aku bukan nak share pasal story orang putus cinta or story orang yang dah terlebih bercinta sampai dapat semai benih or what. Aku just nak bagi tips je. Tips supaya korang tak bersedih masa clash :)
__________________________________________________________
- Don't : Try to be the others.
Please, jangan sebab frust putus cinta, sibuk duk usha usha EX korang. Ohhh, bukan usha EX korang. Tapi usha siapa yang EX korang tengah usha lepas clash ngan korang. Faham ayat tu? Pening? Pergi hancurkan laptop korang kalau pening lagi :D
Benda ni akan buat korang nak jadi macam orang tu. Please, be yourself. Jangan disebabkan dia, korang nak tiru gaya orang yang ex korang minat. Malu lah. Maybe diorang memang dah tak minat korang bukan sebab korang tak cantik, tapi sebab dah bosan. So, tolonglah mem-bosan-kan diri korang bila melihat ex korang tu :)
- Don't : Simpan barang barang yang dia pernah bagi kat korang
Kalau boleh bako je segala harta benda yang pernah dia bagi tu. Kita bako kita bakor! Kalau nak untung sikit, jual. HAHAHA. Boleh lah nak buat beli berkotak kotak tisu untuk mengelap air mata :P
Benda ni memang sakit pada awalnya. Tapi, kalau tak buat, kita akan teringat kat dia selalu. Boleh sakit jiwa tau? So, jauhkan barang barang yang dia pernah bagi daripada korang supaya tak jadi gila bayang :)
- Don't : Try to make them fall in love with you again
Maybe boleh. But better jangan. Sakit tahu tak? Nak rebut balik tu, ego kena rendahkan, maruah pun tercalar sedikit. Auch. Maybe aku ni ego, sebab tu aku bagi nasihat macam ni kot? HEHE
But truth or not, usia korang masih muda untuk mencari pengalaman lain, dengan pelbagai ragam manusia. Kalau kau nak kenal dia sorang, rugi lah.
- Don't : Ingat janji janji manis yang pernah diungkapkan
Benda ni akan buat korang makin sedih, makin nak menangis. Please, jangan ingat. Baik korang ingat nikmat yang Allah bagi kat korang. Apa nikmat dia? Nikmat perasaan bercinta, nikmat perasaan sedih, geram, marah and bahagia. Korang sedar tak yang korang ni beruntung sebab korang dapat rasa feeling tu semua? Ni tak, sibuk nak salahkan takdir. Puih, takdir kau. Diri sendiri yang silap, nak salahkan takdir konon.
___________________________________________________
- Do : Cari orang lain
Ni kalau kes kes ex tu curang. Ehheiii, kau ingat dia jodoh kau ke? Umur tak sampai satupertiga abad, ada hati nak tunggu orang tu macam orang bodoh? Baik cari lain lah, tak sakit hati, bahagia pun mari :)
- Do : Busy-kan diri
Kalau agak agak homework tinggi menggunung mengalahkan Gunung Everest, better korang pergi buat. Korang tu budak lagi, takde guna menangis macam nak gila. Kalau dia kesian pun, bukan boleh kahwin lagi. TAK LAYAK pun lagi.
So, pergi busy-kan diri tu. Mana tau kot kot kecundang dalam percintaan, tapi up dalam pelajaran. Untung la nasib badannnn ~
semangat! macam domo :D
- Do : Muhasabah diri
Bila dah clash, kita boleh muhasabah diri kita. Tengok apa silap kita. Apa salah kita. Kalau tak, takkan boleh jadi macam tu kan? Semua orang ade perasaan tak puas hati, bukan kau sorang je. So, mesti ada silap mana mana sampai boleh BERpisah kan?
- Do : Banyakkan mengingati ALLAH
Hari tu aku ada dengar, couple ni haram sebab boleh melalaikan kita. Oh ya, maksud kat sini, boleh menyebabkan kita ni tak ingat kat Allah, duk teringat kat boypren je kan. So, korang ambil kesempatan ni, pergi taubat lebih sikit. Kasi sejuk hati, sejuk badan. Mana tau kot kot hilang segala dosa dosa kecil yang pernah korang buat time couple dulu. *aishhh, aku pun kena jugak ni*
- Do : Senyum selalu
Jangan terlampau tunjukkan kesedihan kita supaya orang kasihan. Itu akan membuatkan kita nampak lemah and tidak bermotivasi.
_______________________________________________________
Jangan terasa, ni tips untuk mengurangkan kesedihan. Yes, aku pernah buat, lagi lagi yang cari orang lain tu. HUAHAHAHAA ~
Okay, bye korang ! Letih menaip :P
p/s : HEHE, study tak, sibuk kasi ceramah cinta. tak senonoh! XD
2 comments:
best sgt2x!!!
thanks :)
Post a Comment