Saya di-tag oleh Aimi untuk join contest ini. Thanks AIMIIIII :D
Again, aku join contest. Dah dah, korang tak payah jealous lah aku nak join contest banyak mana pun. Kan aku dah cakap, aku makin giler contest. Walaupun tak pernah menang. Mueheheee~
By the way, aku join contest di atas ni. Yeeee, contest ini sememangnya memerlukan seseorang yang rajin menayangkan giginya kepada umum. Sebab, dah kata SENYUM PALING CERIA, maknanya senyum ikhlas lah kan? :D
Kalau ada yang teringin nak tunjuk gigi dia, tak kira lah gigi tulen ke, gigi palsu ke, gigi besi ke, join lah kat blog Sis NameeRoslan. Oh yaaa, tak payah tayang gigi pun tak pe sebenarnya. Ikut korang lah, asalkan senyum tu ceria =)
Gambar aku, ni hahhhhh ;
oh yaaa, aku yang tudung putih tau. tudung senget benget memang aku la tuuu :D
Saya gembira kerana boleh study ICT sekejap sementara menunggu exam Akaun habis xD
Gambar ini terhasil masa kitorang terpaksa merempat kat sekolah sendiri, sementara menunggu exam Prinsip Akaun Paper2 habis. Lama giler kot, ada lah dalam 2-3 jam. Aku dah agak memang kitorang kena merempat, so aku bawa camera pergi sekolah. HAHAHA, syyhhhh, JANGAN BAGITAU CIKGU. Mati aku nanti -.-'
Oh ahhh, aku nak tag mereka mereka ini :
1. Kak Hana xD
2. Encik Fadzly
3. Cik Yaya
p/s : aku rasa gambar aku tu bukan setakat senyum, tu dah sampai tahap nak jerit gumbira tu -.-' halalkan jela yeeee :D
No comments:
Post a Comment