Cantik. Apa itu cantik? Entah, aku pun tak tahu macam mana nak describe apa maksud cantik. Sebab aku rasa ada macam macam jenis cantik dalam dunia ni. Kan?
Actually, aku banyak kali dengar, orang sibuk sibuk duduk kutuk orang lain pasal kecantikan ni. Uishh, sedap mulut hang, mengutuk muka orang camne eh? Hang ingat hang sorang ja ka yang lawa? Ceq rasa, hang ni memang perasan nak mampuih!
Okay, kalau diikutkan, memang betul lah, ada yang muka cun melecun sampai meletup letup macam artis tu haaa, ada yang muka tak berapa nak cantik, tak gorgeous macam orang lain. Tapi, tu kan dah ciptaan Allah. Kau nak kutuk pasal ape?
Cantik itu subjektif. Kalau ikut aku, aku suka yang mata besar besar, bolat bolat. WOAHHH! Aku excited giler kalau tengok orang mata besar gedabak ni :D
Tapi, ada orang cakap mata sepet sepet lagi cantik. Mata sepet macam cine. Aku lagi tak nampak mata ade lah =.=' Tapi orang cakap cantik jugak. Ape ape jelaaa~
tak perlu kita mencari kecantikan, kerana kecantikan itu ada di dalam diri kita :D
So, korang tak perlu lah nak mengutuk mengeji muka orang ni. Karang dia buat plastic surgery, jadi lawa daripada korang, bising pulak. Jealous, pastu buat ketupat lagi. Orang muka hodoh salah, orang muka lawa salah. Shiot je -.-'
AHAH! kalau korang nak kutuk pun, kutuk la. Tapi bagi la suggestion sekali macam mana nak me-lawa-kan diri dia. At least boleh jugak korang nak bangga dengan hasil kerja or kretiviti korang. Yela, daripada muka macam Hantu Kak Limah, jadi macam Fasha Sandha. Tak ke bangga? XD
Ehem, aku nak nasihatkan kat orang yang kena kutuk muka hodoh ke, ape keee, korang pedulikan jela apa yang orang cakap. Kalau betul betul orang yang mengutuk korang tu lawa, takde nye dia nak buat dosa mengutuk orang macam tu. Tu maknanya, dia ada jealous apa apa dengan korang tu. So, berbangga lah dengan apa yang korang ada.
By the way, kadang kadang kita kena perasan jugak tau. Untuk meningkatkan keyakinan diri dan membahagiakan hidup kita. Tapi jangan overdos plak. Aku tempeleng dengan kuali nenek aku karang.
p/s : muka akuuu, macam macam komen ada. macam budak nak ambil UPSR, PMR, SPM. macam budak U pun ada jugak yang cakap. tapi yang terbaru, macam muka orang tua. terasa bhaiiii =.='
No comments:
Post a Comment