Sekarang,
aku sedang berfikir....
Ehhh, aku ada terfikir something yang agak kolot tentang BERKAWAN.
Dah lama aku tengok benda pelik pelik sikit ni. Ehhh, tak de lah lama sangat. Dalam dua tiga hari lepas. Masa aku dalam kem EASYADDMATH. YEEE, aku pergi kem tu sebab aku bodoh dalam addmath. Dah, senyap.
@ Aku tengok ramai yang tak berani nak tegur kawan, kalau kawan tu buat salah. Termasuk aku. HAHA. Tapi, kalau dah over sangat, sampai menyusahkan orang, memang aku sound terus. Hape, kau yang lambat, orang lain pun kena lambat ke sebab nak tunggu kau? Takde maknanya.
@ Berubah kerana berkawan. Oh, yang ini nampak sangat. Lagi lagi pada yang berkawan dengan orang yang gila fashion. Sebab apa? Sebab nanti akan ketinggalan. Masa kem tu, ada jugak kelompok kelompok yang giler fashion aku tengok. Memang hot gila. Nasib baik cun melecun plus comel lote. Takde lah sakit mata bila tengok xD
@ Pijak kepala kawan. Oh, yang ni, dalam kem aku tak nampak. Tapi beberapa minit lepas aku nampak. HUAHAHAA~ Kesian kawan dia, dah buat baik, tapi TERIMA KASIH pun belum tentu dapat. Ni memang jenis kejam ni. Aku takkan terkejut kalau kawan dia yang baik hati lagi lemah lembut tu akan bertukar menjadi pendingin dan pemarah kalau berjumpa dengan dia.
@ Terasa hotsetap. Aku tak kisah nak perasan hotstuff or whatever lah. Tak kisah. Tak kisah. Tak kisah. Tapi aku kisah, bila nak JADI HOTSTUFF, sibuk dengan barang barang orang. Ehheii, tak baik tau menyusahkan orang. Nanti lama lama orang benci + menyampah dengan kitaaaa ~
Ehhh, semua yang aku list negatif punya kan? Jap jap, aku nak fikir yang positif plak :D
@ Jadi semakin rajin. Sebab dah berkawan dengan kelompok kelompok yang rajin, jadinya, takkan nak bermalas malasan pulak kan? Malu lahhhh.. Nanti orang cakap, "Kenapa kau tak jadi macam dia? Dia tu pandai, bijak lagi cerdik seta pintar. Kau? Bila nak jadi macam dia?". Sungguh pedas kata kata itu kan?
___________________________________________________
Ehhhh, tak dapat fikir dah. Pening plak nak fikir yang positif. Biasalah, manusia. Akan nampak yang negatif je. Macam aku jugak. Mueheheheee~ So, jangan tanya lagi sepuluhduapuluhtigapuluh yang positif dalam berkawan kat aku yeeee xD
Oh yaaa, actually, semalam pakcik aku ada cakap, "Bila fikir fikir balik, kita ni memang tak ramai kawan. Kecuali kawan untuk urusan kerja. Lagi lagi yang bussiness".
Dan aku pun nak sambung fikiran pakcik aku ni, "Memang, kita lebih banyak habiskan masa di rumah dengan family daripada kawan kawan. So, family lebih penting kan?" =)
p/s : kalau rasa macam tak faham dengan entri aku ni, buat buat faham je ye xD
No comments:
Post a Comment