April 1, 2011

5 perkara yang membuatkan SI GADIS nampak BODOH di mata JEJAK PUJAAN nya ,



"Bodoh giler perempuan ni" =,='


Apa yang korang rasa bila selepet kena kat korang benda yang aku tulis kat atas? Malu ? Nak pergi bunuh diri? Nak pergi terjun tingkap? Tak pun, terjun bangunan? HAHA


Okay, lagi malu kalau orang yang cakap tu, adalah lelaki pujaan korang kan? OMG, malu giler kot. Kalau boleh tak nak dah jumpa dia sebab rasa macam maruah jatuh je dowhhhh..






Kat sini, aku ade la sikit sikit info tentang perempuan yang sering di-cop sebagai BODOH oleh sang lelaki jantung hati. Er... info? Err... Layan jelaaaa~


@ Pretend macam kau tu girlfriend dia walaupun kau tu dah jadi tapeware a.k.a EX a.k.a bekas-girlfriend dia

It just like korang cuba jadi awek dia lagi. Sibuk nak bagi dia perlindungan, sibuk nak kongkong dia and what-so-ever. Pastu bila tengok dia ade awek baru, sibuk duk kutuk awek dia macam macam. Oh, for your information, lelaki yang terlalu sayangkan awek dia, dia takkan sesekali bagi orang jentik awek dia. Fact.




@ Mengharap benda yang takkan dapat

Heh, kau dah luahkan, tapi dia tolak. And kau usaha jugak. Contoh, kau tak habis habis sms dia, call dia and misscall dia beribu riban reban kali. Dah orang tak nak kat engkau, terima jela. Buat malu je kalau kena sound, "Bodoh, tak paham bahasa ke?". Memang lah orang cakap, "Usaha tangga kejayaan". Tapi kalau usaha untuk benda pelik camni, better undur diri jelaaa ~





@ Suka compare awek si-EX dengan diri kau sendiri

Kalu compare cakap awek dia tu cantik takpe. Ni tak, cakap awek kau punya EX tu gigi rongak lah, tak cantik cam gigi kau lahhh.. Ape, kau ingat berkesan ke benda alah camtu. Kau tak tau ke, ada orang cakap, "CINTA ITU BUTA" ? Thats mean, dia takkan nampak ape ape dah kalau dia sayang giler kat awek dia tu. Lain lah kalau dia just nak mainkan perempuan tu. Tapi kalau kau tau yang dia nak mainkan perempuan tu je, tekdenye kau sibuk sibuk nak compare diri kau dengan awek dia tu kan?






@ Buat benda pelik yang si lelaki tak suka

Contoh, kau couple dengan kawan dia, semata mata nak bagi dia jealous. Sebabnya, kau suka kat dia, tapi dia dah ade awek. Then kau bagitau dia hal sebenar. Yang pastinya, dia akan marah giler sebab buat kat kawan dia macam tu and secara tak sengaja perkataan BODOH or BANGANG automatik keluar daripada mulut dia. Tapi ade yang baik sikit. Mengucap panjang pun ade jugak xD




@ Cuba menampilkan diri kau

Kalau kau cuba nak buat camni, tak pe. Tapi toksah lah nak buat aksi aksi pelik depan dia. Contoh, pakai mini skirt or baju ketat. Then melenggang lenggok ala ala model ternama. Buat malu je. And for your information lagi, lelaki ni gatal. So, diorang akan perasan apa apa yang korang cuba buat untuk menampakkan diri korang depan dia. Tapi kalau dia tak nampak or buat buat tak nampak, stop jela. Tu maknanya kau takde attraction untuk tarik dia daripada berminat dengan kau. And berkemungkinan besar, dia TAK BERMINAT pun dengan kau.



cinta akan datang, dengan sendirinya :)



______________________________________________________________


Bagi aku, perkara BODOH yang paling suci yang boleh korang buat untuk dia ialah, melepaskan dia untuk mencari kebahagiaan. Yesss, kalau korang sayang dia, korang takkan teragak agak untuk tengok dia bahagia kan?


Itu adalah perkara bodoh and yang paling bodoh yang akan korang buat dalam hidup korang, tapi akan dibalas dengan TERIMA KASIH daripada dia. Betul kan? :)






So, accept it dengan hati yang terbuka. And, behave yourself. Jangan malukan diri di depan lelaki. Ego kena ada walaupun sedikit, untuk menjaga maruah korang.



Okay, letih dah merepek. BYE!





p/s : sorry, gambar aku tak tahu berkaitan ke tak dengan entry, layan je okay? xD



2 comments:

Iqa said...

Izin share. Boleh?

anisssss said...

ohhh, boleh. Sorry late reply.