April 15, 2011

Benci tapi rindu, Sayang tapi menyampah?



"AKU BENCI GILER KAT DIA"


Fine, kau pergi lah benci dia. Sah sah lepas ni kau sayang dia.



"AKU SAYANG GILER KAT DIA"


Aku tak pelik kalau lepas ni kau akan benci dia.


___________________________________________________



Ini bukan tipu tipu or olok olok. Kau ingat aku reti main tipu tipu ni? Aku bukan PELEBONG *maksud dia penipu*. Aku nak bagi pendapat je :)


Actually, ramai je yang cakap tak serupa bikin. Bila cakap sayang, padahal dalam hati menyampah. Bila cakap benci, padahal dalam hati suka.



you are totally hate yourself just like me now



Benda ni boleh nampak la. Lagi lagi dalam life yang dinamakan BEST FRIEND FOREVER. Errr, aku bukan benci dengan perkataan tu. Tapi tak suka. TAK SUKA okay. Bukan BENCI.


Oh yaaa, bukan BFF je, dalam life COUPLE pun sama.





Yela, try korang fikir, kalau dah sayang sangat, confirm tau seratuslimapuluhlapan peratus tentang orang tu kan? Baik buruk dia. Semua korang tau. Dari situ je, dah boleh ukur tahap mana sayang korang kat dia. Bila dah tau buruk dia, rasa menyampah tu sikit sikit akan datang. Sikit sikit lama lama jadi bukit kan? Dah dok berkepit duapuluhempat jam, mana tak bosan nye.


Kalau dalam life saling bermusuhan, terbalik pulak. Korang takkan pernah bosan nak menyemak usha pasal orang yang korang benci tu. Tak kisah lah dalam facebook ke, blog ke, mesti korang jenguk jugak, like benda tu boleh bawak maut kat korang kalau tak jenguk kejap. Lama lama, dala benci, korang boleh nampak keistimewaan dia kat situ. HUAHAHAA~ Aku tau lah. Dulu aku pun selalu macam tu. Tapi sekarang tak dah. Kurang menyemak hal orang :P


Hari tu cikgu aku ade cerita, pasal anak murid dia kat sekolah lama. Ni pun sebab ade konflik sikit kat kelas aku, ape kes entah, tapi bergaduh lah. Sikit je. Cikgu aku cakap, dulu ade dua orang budak kelas dia, bergaduh bagai nak rak. Pantang jumpa, macam anjing dengan kucing. Bila dah besar, jumpa time reunion. Alih alih dua orang yang bergaduh tu, naik pelamin sama sama. HAHAHA



Tiba tiba aku rasa nak bergaduh sakan dengan pakcik tu :P



So, kat sini, aku nak merepek sikit, lebih baik tak payah nak bajet ade BFF kalau tak ikhlas. Kekasih hati pun sama. But if boleh terima segala baik buruk orang tu dengan hati terbuka, go on jela. Ni tak, sibuk duk mengutuk belakang belakang. Kesian dia. Sadis dowh dapat kawan jenis camni.



Aku sayang kau walaupun kau tak sekacak aku



Okay dah. Letih merepek sambil menulis. BYE!





p/s : zaman sekarang, gini lewwww~



6 comments:

Aimi azam said...

comeell lah patung kapel tu ! aimi sokong dgn pendapat kak anis dlm entry nie ! :)

anisssss said...

thanks aimi :D

sarzli said...

ala...rilexla
perangai owang kn laen2....
smile always k..

Izwanie Halim said...

ha ah. sokong 2!!

anisssss said...

sarzli : sbb perangai org lain2 lah jd camtu. sedih je kdg2 tgk org yg mcm diperolokkan ouhhh..

anisssss said...

wanie : thanks. HAHA, semangat xD