May 19, 2011

Rasa nak meluah perasaan. Boleh kan ?



Entri ni tak nak gambar dah. Yang bawah dah penuh dengan gambar :) Yang ni hasil coretan aku je dari hati yang kecil lagi suci lagi murni ini. Ecehhh :P


Sejak aku pindah ni, memang aku rindu kat kawankawan aku kat Kajang. Tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni, makin bertambah kerinduan aku kat diorang. Kadangkadang aku boleh TERingat time kitorang form 2 dulu. Errr, agak lama benda tu, tapi bila terjangkau jugak minda aku ni, memang teringat lah.


Dalam 3 tahun tu, banyak betul benda yang aku belajar. Yes, belajar jadi manusia yang confident, manusia yang pandai berdikari, manusia yang tahu macam macam.


Alhamdulillah, benda benda tu semua boleh aku pakai untuk survive life baru kat sini. Dikelilingi oleh macam macam perangai manusia, aku boleh. Memang, aku rasa aku kuat dengan apa yang Allah bagi aku sekarang. Tapi kenyataannya, bila aku teringat balik kat korang, aku sangatsangat perlukan korang. Aku nak korang. AKU NAK SANGAT SANGAT KORANG ADA KAT AKU SEKARANG ='(


Aku perlukan someone yang berani marah aku kalau aku ada buat silap. Alin, mulut dia sangatsangat laser. Dulu tu, kadang kadang aku terasa jugak. Tapi bila dia takde kat sini, aku tak tau ape kekurangan aku, apa salah silap aku. Takde siapa yang berani tegur aku buat salah. Yang tolong marah aku sampai aku takkan buat benda tu balik ='(


Then, aku perlukan someone yang boleh nasihatkan aku macam macam. Mira, dia macam emak yang suka berleter, tapi apa yang dia leter berguna. Tibatiba rindu nak makan masakan kau Mira :P Kau selalu bagi nasihat yang aku boleh pakai. Macam macam kot. Daripada hal berkawan, boyfriend, makanan, semua la.


Lagi satu, aku perlukan someone yang boleh diajak menangis, ketawa sama sama. Bukan ketawa je. Yes, Wafa. Aku ingat lagi masa kes bergaduh dengan senior dulu. Kau backup aku, walaupun kenyataannya aku yang salah. Kau buat muka garang kau, sampai semua orang benci kita. Kau keluarkan tengkingan kau, sampai semua senior meluat dengan kita. Walaupun aku yang sepatutnya dibenci kan?


Tapi, benda tu semua dah berlalu. Dah hilang kat belakang. Sekarang just boleh intai intai gambar je. Aku duduk jauh, tak dekat dengan korang. Now, tumpuan aku kat exam and Khairul Anuar je. Bukan macam dulu. Pengawas, kelas, exam, kawankawan. Aku rindu ke-busy-an tuuuu !


Aku tau korang busy sekarang. Macam macam benda korang nak buat kan? Tapi bersyukur la, at least korang disayangi. Boleh busy sama sama. Boleh gelak sama sama, nangis sama sama. Aku? Alhamdulillah, ada jugak kawan. Sorang dua pun aku bersyukur. Daripada takde. Tapi life aku lebih kepada budak nerd, yang rajin belajar. HEHEHE


Tapi, yang paling tak boleh blah, sejak takde korang ni, aku dah tahu kenapa pentingnya boyfriend dalam life aku ni. And, aku tau macam mana nak hargai boyfriend. Aku belajar jugak nak spend time dengan boyfriend yang merangkap bestfriend, kaunselor, share-partner, ibu ayah, hero, and semua lah. MUAHAHA. Selama ni tak pernah pernah rajin nak spend time dengan boyfriend kan? Nama je ade boyfriend, tapi macam takde. And Wafa, aku pernah cakap dulu kan, "Aku sayang kau lebih daripada A******". Kan? Jujur wei aku cakap benda tu.


Life aku kat sini memang berubah. BANYAK SANGAT SANGAT. Kalau dulu duk meronggeng dengan korang lepas balik sekolah, sekarang tak, balik rumah terus. Kalau dulu menyemak mana mana dengan korang, all girls, sekarang mana ada dah. Usually aku lepak dengan orang yang sama, lelaki. Kalau dulu dari pagi sampai petang, tengok muka korang jela. Sekarang, aku tatap muka family aku je :)


And yang paling berubah, kalau dulu, pantang ada cuti sekolah, aku akan amik cuti lebih kan? Cikgu pun dah hafal. Nak balik kampung lah tuuu.. Tapi sekarang, takdenya nak amik cuti lebih. Dah lepak kat kampung dah pun. Tapi beza nya, sibuk mintak kat ayah nak balik Kajang, nak jumpa korang. HAHAHA


Aku rindu giler lah nak handle event kat sekolah. Aku rindu giler lah nak rasa busy dengan korang. Aku rindu giler lah nak tension tension sebab kena marah dengan cikgu, kena buat pilihan sendiri macam hari guru tahun lepas. Aku rindu semua lah !


And by the way, sorry la, aku jarang cerita pasal korang dalam blog aku. Jangan risau, aku ada cerita pasal korang dalam buku karangan, essay, tatabahasa, ape semua. Bila nak study, aku tengok lah pasal korang :P






p/s : tak puas lagi. aku nak cerita lagi. tapi dah maghrib, so tak boleh. okay, byebye ='(




2 comments:

ikafantasi said...

awak gadoh ng senior mane dikkk :) hihihi
nakal ea...

kim slm kt wan anis eh..
er...korg sume wan anis..lupe lak..

kim slm kt along ye :)

anisssss said...

HAHAHA, tahun lepas tu :P Ala, nakal sikit2 jeeee xD

Okay, anis kirim salam kat SEMUA wan anis. jangan risau okay =P