January 6, 2012

Kawan jadi lawan , lawan jadi kawan ,



Hai and hai semua. Aku nak start membebel dulu. Satgi aku rasa relaks, aku stop ah XD


Hal ni agak serius aku tengok *berdasarkan tajuk* untuk budakbudak sekolah. Even benda ni pun jadi kat aku sendiri. And yeeee, aku pun banyak menyumbangkan pahala kepada orangorang yang aku tak suka dulu dengan buat macammacam jenis ketupat dengan kawankawan aku. Dari ketupat kecik, sampai ketupat besar, semua aku pernah buat dulu. DULU jeee, sekarang tak :P


Bila dah mengumpat orang, mengeji orang, hape kau dapat nisss? NOTHING ! And of course, NOTHING tu yang menyebabkan aku nampak SOMETHING. Sememangnya, orang yang kena umpat tu, tak tau pape pun. Kesian kan? Tapi takpe la tak tau, selagi boleh BERSAHABAT walaupun dalam keadaan yang paling sadis. HAHA


SOMETHING yang aku nampak tu, AKU NI PERFECT SANGAT KE, SAMPAI SEMUA ORANG NAMPAK TAK BETUL. And of course, bila aku tengok orang yang aku umpat tu, macam kesian ah pulak. Lepas tu aku tengok orang yang duk ngumpat dengan aku tu. WAHHH, rasa perfect pulak dia. Alahaiii, lagi kesian aku tengok. Macam puas hati sangat dapat mengumpat pasal orang.


Aku pernah tulis pasal ni kat notes facebook aku. So, aku copy paste je, untuk kongsi sama sama yawww :)


Dulu, ayat BFF selalu je aku dengar bila berkawan rapatrapat, ketatketat, sendatsendat. Tapi bila dah bertikam lidah, main cakarcakar, ayat BFF pergi campak dalam longkang camtu jee~ Macam sampah yang tak pernah nak berbakti kat kita. Ehhh, even sampah pun pernah berbakti jugak lah =.='


Tibatiba aku terfikir, apa guna BFF bila kelemahan and kekurangan kawankawan sendiri tak boleh nak terima? PLEASEEEEEEEEEEE LAH, korang tau tak bila masa nak guna perkataan BFF tu? Bila masamasa macam ni lah. BFF tu bukan untuk masamasa bersenang-lenang and masamasa geng ramai jelah kawankawan ku sayanggg :)


By the way, aku ni bukan nak menyibuk, tapi pelik je. Pelik sebab ape? SEBAB KEBUTAAN MATA, KEPEKAKAN TELINGA and KELANCANGAN MULUT tu haaaa~ Ohoiii, tak boleh nak dengar duadua pihak ke? Dah pekak sangat ke? Sorry to say, aku tengok pun dah nampak kebodohan tu tau tak? Aku baru je tengok, belum orang lain yang tengok. Ade ke kawan yang selama ni rapat, sendat, mampat, ketat semua boleh dikutuk? Camtu ke maksud BFF?


And and, kau pasti ke kawan yang kau tinggal tu dah cukup jahat? Kau pasti ke kawan yang kau pergi tu dah cukup baik? Kalau rasa dah cukup baik pun, perangai dia tetap kau nampak buruk nanti, sebab sama je perangai macam kawan korang yang kau tinggal dulu. Kenapa? Sebab kita selalunya akan serasi dengan orang yang sekepala dengan kita kan? :)


Seriously, kalau aku, aku malu nak tulis ayatayat yang tak patut kat kawankawan rapat aku. Tak berani nak mengata terukteruk kat kawankawan rapat aku. And, tak berani nak tayang kat orang lain yang aku bergaduh dengan dia. Sebab apa? SEBAB KITA PERNAH RAPAT DENGAN DIA. KITA PERNAH MENGAGUNG-AGUNGKAN dia dulu.


Dulu, kau lah teman baik aku, kau lah sahabat sejati aku. Sekarang? Kau lah laknat, kau lah celaka. Ehhei, kau dah lupa kau pernah rapat dengan dia? Dah lupa kenangan korang? Dah lupa jasajasa dia, *even takde jasa pun, dulu tempat korang meluah perasaan*. Dah lupa pada GELARAN BEST FRIEND FOREVER (BFF) korang yang pernah korang bagitau kat semua orang dulu?


Bila dah menyampah, kawan tulah yang kau buat macam sampah. Bila kau pulak yang kena, kawankawan kau yang lain tu plak buat kau macam sampah. Tinggal sorangsorang. Nak? Aishhh, berpusingpusing, masingmasing dah kena, tapi still tak sedarsedar. Padahal samasama kutuk, samasama mengumpat. Kalau dah satu group tu, yang sorang tu celaka, yang lain pun celaka lah jugak. Takkan sorang celaka, dia sorang je celaka? Bukan satu group ke? Mestilah buat benda semua sama. Even mengutuk orang pun semua sama. Kalau tak, tak keluar macammacam cerita and umpatan kan?


Satu je kesimpulan yang aku boleh buat, semangat assabiah tu buang lah derr~ And satu lagi, jangan memalukan kaum sendiri boleh tak? Aku malu betul tengok videovideo perempuan bergaduh apa semua. Habis semua nak tarik. Hodoh betul -.-


Last but not least, aku bukan nak berpihak manamana, aku cuma nak menegur. Aku bukan nak menyindir, aku cuma nak buka mata korang luasluas. Setiap kawan ada baik and buruk dia. Tak percaya? Tepuk dada, tanya diri. And, makin rapat korang berkawan, makin banyak kekurangan dia yang korang tau. Makin banyak kekurangan dia yang kau tau, sila silakan lah banyakkan sabar korang yeee :) Kalau tak, tak payah nak berkawan !






p/s : Sekarang aku tak percaya kat sape sape, even orang terdekat dengan aku pun. Sekali kena, berani lagi ke nak biarkan diri merana lagi? :)





2 comments:

Anonymous said...

Gila! Duduk diam sudahlah. :P

Izwanie said...

hahaha :D nICE entry lol :D