June 8, 2010

tips meniru dalam exam. HAHA



actually dah lama rasa nak post benda ni. yela, masa masa exam kan.. takkan nak post benda ni. hehhhh~ nak mati? oklah, disebabkan exam dah lepas, so aku nak letak tiptip meniru dalam exam :P


banyak jugak info yang aku dapat pasal meniru ni. daripada cousin, kakak or adik aku. and, kawan kawan aku jugak :) memang semua boleh bawak masuk exam lah.



@ bawak toyol

ohhh, ni bukan toyol hijau, tapi toyol kecik boleh masuk poket. kejadahnye nak bawak toyol hijau tu? dok ngira kacang hijau kat kantin jela jawabnya~

ahah, pasal toyol kecik comel ni, korang kena pastikan korang dah tulis dalam satu nota kecil untuk dimasukkan dalam poket. kesimpulannya, korang kena jugak lah baca buku before exam tu. so, tak payah susah susah dok menyalin, sebab time baca tu confirm masuk kepala hotak korang info info terkini lagi terbaik.


@ tulis atas benda sekeliling

ahahaha, ni cousin aku cakap. dia pernah buat. tulis belakang tudung. yela, tudung yang panjang je boleh. yang tudung pendek tu, jangan harap korang nak ade harapan buat benda benda ni. aku suggest korang tulis dalam baju. tapi hati hati, terselak sikit..bahaya.

oh ya, aku lupa. jejaka jejaka tampan sekalian tidak akan ada ruang untuk buat macam ni sebab korang memang takde kain nak tulis benda alah ni semua. so, bersyukurlah jadi perempuan :)


@ guna barang masa exam

banyak jugak aku dengar, ade orang pas pas kalkulator. ahahhh, aku tak pernah buat. sebab aku reti tekan nombor je. yang huruf huruf tu, si bijaksana lagi pandai lagi cerdik je yang reti buat :P

and kakak aku ade cakap, dia pernah nampak ade budak masukkan jawapan dalam pen. pastu baling kat kawan dia. HAHA. zaman muda muda budak budak 18 tahun kannn..


@ sepah sepah kan barang kat belakang

before exam, korang boleh lah sepahkan barang kat belakang. tapi peluang nak meniru tu tipis sangat. sebabnya? sebab cikgu selalunya suruh kemas dulu kelas tu kan?

tapi aku ade dengar cerita, ade sorang budak ni dia sepahkan buku, kertas kertas yang tak digunakan lagi. ohhh, dalam sepah sepah tu, terselit jawapan exam =.=' kejadahhhh.. cikgu tu pun dengan baik hatinya suruh budak tu kemas kat belakang. so ape lagiii..


@ tanya cikgu soalan

kalau cikgu tu baik, bolehlah korang tanya soalan kat dia. kalau dia garang pun, ape salahnya mencuba kan? HAHA, pandai pandailah tanya soalan tu baik baik.


@ bawak henpon masa exam

pastikan kredit korang cukup untuk bayar ape yang korang tak baca, tak tahu tu. senang je, suruh jela orang yang tak exam tolong check kan jawapan untuk korang. kalau tak, ape guna henpon kan?

aku paling tak puas hati orang yang meniru camni. tak aci dowh! patutlah banyak henpon yang cikgu rampas time exam. HAHAHAHA. main kotor rupanya.


@ bertindak berani mati

yeahhh, yang ni paling style. tukar kertas dengan kawan. pastu baca la jawapan dia. janganlah bengap sangat pergi buat muka excited depan cikgu. HAHA

peringatan yeee, sesiapa yang duduk di tengah tengah budak budak yang kedekut jawapan, sila lupakan niat anda untuk meniru style ini. korang nak mati?



________________________________________________________


nak cuba? silakan. kalau kena tangkap jangan salahkan aku. aku pon tak pernah buat lagi benda ni. heeee~




p/s : sememangnya aku tak boleh meniru dalam exam sebab aku tak dengar ape yang orang tu bagi jawapan, and aku tak nampak ape yang orang tu tulis kalau dia bagi jawapan. beruntungnya aku =_______=


No comments: