November 3, 2010

KECURIAN!

Semalam, hari yang cukup cukup indah. Okayy, mari atok ceritakan apa yang indah kat cucu cucu atok yeee.. Atok tau, cucu cucu ni busybody orangnya. Jadi atok pun rajin nak cerita lah..


Alkisahnya macam ni..


Hari ahad, 31/10, ada sorang makcik ni. Dia pergi bawak banyaaaak keychain teddy kat beg dia. Ade la dalam empat ekor. Okay, tak banyak sikit je. Tapi atok menyampah betul tengok keychain teddy dia tu. Jealous tau. Atok nak jugak.


Lama jugak atok usha keychain dia tu. Hari ahad, isnin. Hari selasa atok amik keputusan nak amik keychain tu. Atok nak jugak. Nak kasi hadiah kat orang. Yela, takkan atok nak pakai. Macam nenek nenek lah pulak.


Masa makcik tu dalam bilik ict, dia letak beg dia kat luar. Bagus, peluang atok tu. Atok pun pergi ambil. Cabut satu satu, dengan cepat. Comel betul keychain tu semua. Warna warni. Atok ambil, terus lari. Hehehee, hebat betul atok kan?


Itulah kisahnya, hebat betul atok rasa masa tu. Bagus betul keychain tu semua. Ada empat. Cukup kotak nak mengorat jadi bini terus.

___________________________________________________


Baiklah, berdasarkan cerita kat atas tu, makcik tu adalah aku. Hehhhh =.=


Aku punya keychain teddy semua hilang! Giler bengangggg! Dahla aku letak kat beg.


Aku doa siapa yang ambil tu kena tangkap, masuk jail. Okay, tak logik lah pulak kan? Keychain je kot. Ehemm, dia kena langgar trailer ke, bas yang terbalik ke. Almaklumlah, sekarang kes bas terbalik kan dah banyak.


Hehh, baik jugak hati aku nak doa doa ni. Korang jangan main main, selalu orang yang teraniaya ni, doa dia termakbul. Aku doa yang terbaik lah tu kat dia. Daripada aku mencarut giler kejam, baik aku berdoa. Oklah, semoga doa aku termakbul untuk kau, Si sial babi setan *opsss, TERmencarut pulak. heheee*


Now, beg aku kosong lagi. Bosan aku tengok. Bangang betul budak tu. Jealous lah tu. Aku tau lah kau nak bagi kekasih kau. Kalau takde duit, jangan menggedik nak menggatal. Menyusahkan orang. Aku yang takde kaitan pun kena jugak.






p/s : keychain tu semua baru dua hari aku letak kat beg. aihhh =.='

No comments: