December 13, 2010

Siapa lagi HOT? Budak kampung or budak bandar?

Ada something yang buat aku tertarik dengan facebook sekarang ni. Heheee, aku nampak ada yang buat satu page ni. Nama page tu, Kami Budak Kampung Lebih Hangat Daripada Budak Bandar. Perghhhh~ Layannnn~


Aku mula mula nampak tu, terbeliak, nak terkeluar jugak bijik mata aku ni. Harap mata aku tak cukup bulat je untuk keluarkan segala galanya. Lawak kot. Aku tak tahan betul kalau bab berbanding banding ni xD


Aku tengok wall dia, page ni baru je kot. Tak ramai lagi orang like. So, kalau korang rajin, like lah. Aku malas. HAHA.


no matter who you are, you have your own beuty in yourself.


Aku rasa page tu dibuat sebab ada yang bertelingkah pasal budak budak kampung and budak budak bandar kot? Siapa yang like pun sama. Sebab tu aku tak nak like. Nampak sangat macam ade masalah. Puihhh, aku tak ada musuh kat bandar or kampung. Aku dua dua. So, tak payah kan?


Okay, aku baru berpindah dari Kajang, ke Dungun. Kalau orang tengok, memang nampak macam aku berpindah dari bandar, ke kampung. Tapi nasib baik aku tak jadi macam rusa masuk kampung. Hehehee, maybe ade jugak yang cakap aku camtu kot. Sebab style hidup berbeza sangat.




Aku memang akui, sejak aku duduk sini, muka aku makin okay lah. Kira tak payah pakai make up pun takpe. Bedak nipis nipis pun jadi. Yela, udara bersih kan? Sebab tu orang kat sini comel comel, cute cute semuanya.


Memang mahal kalau hantaran budak budak kampung ni kan? Tapi kalau dah terlanjur apa semua, susah lah sikit nak me-mahal-kan diri. Dan, aku rasa kalau budak budak bandar, boleh me-mahal-kan diri mereka dengan pelajaran yang diorang ada. Even muka tak lawa pun.


Korang nak tahu, beza antara budak kampung dengan budak bandar? Emmm, bagi aku lah, budak budak kampung ni lebih kepada kecantikan. Yes, diorang comel, cun, cantik. Tapi, budak budak bandar pula, lebih kepada kepandaian. Maybe korang rasa budak budak bandar ni lebih kepada negatif kan? Aku tengok sendiri lah. Budak budak kampung sekarang pun bukan semua jenis terperap duduk kat rumah je. Kira keluar lah jugak. So, sama je kan?

belajar lagi baik lahhh~


Tapi kalau jadi budak kampung ni sakit sikit lah. Korang nak buat apa apa, mesti ade orang perhati. Sebab korang punya imej lebih kepada sopan santun, lemah lembut dan mendengar cakap orang tua.


Bila budak bandar pula, imej diorang memang dah sedia negatif. Degil, panas baran dan bersosial lebih. Tapi tak semua budak bandar lah. Aku biasa tengok tu.


So, kalau sekarang ni dua dua ni dah pandai keluar and bersosial, imeh siapa yang lagi teruk dilihat? Aku duduk kat bandar dengan kampung, memang berbeza giler lah. Nak buat itu tersangkut, nak buat ini tersangkut. Bengang jugak lah. Semua diperhati. Ada aje mulut mulut yang gatai buat ketupat. Hebat sungguh.





p/s : kalau rasa macam nak mengumpat or mengata orang tu, tengok diri sendiri dulu. tengok lah, korang dah cukup baik belum untuk mengata orang lain. takut kau pulak yang kena sound.

No comments: