April 18, 2011

Memulaukan or Dipulaukan? Mana lagi best?




Best ke pulaukan orang? Best ke? Best kot. Kalau tak, takkan ada orang buat benda tu kan? Aku pernah rasa memulaukan orang and dipulaukan orang. Satu best, satu lagi tak best. Tapi ade satu benda yang sama. Dua dua benda ni akan buat kita rasa bersalah. Ye dak?


_________________________________________________



Bagi aku, bila memulaukan orang, benda tu sangat best. Sebabnya? Rasa puas hati sangat dapat buat kat someone macam tu. Macam best tengok orang tu sedih. Lagi lagi kalau rapat. HAHA, betul lah ape yang aku tulis dalam entri ini. Memang kejam, tapi itu lah lumrah hidup.


Tapi satu je yang aku silap masa tu. Aku tak bagitahu dia, apa silap dia. Aku tak bagitahu dia, aku tak suka cara dia, kelakuan dia. Kesian dia. Aku lupa kalau aku bagitahu dia, dia boleh ubah diri dia. Dia boleh ubah perangai dia. Aku lupa yang kalau aku bagitahu dia tentang tu, aku takkan rasa bersalah lagi dah. Hmmm..



sedap rasa dia, macam makan benda ni ha. tapi kalau makan banyak banyak, boleh sakit perut. hati pun sakit. HAHA



Tapi berbeza pulak perasaan bila dipulaukan. Aku pernah rasa. Sakit sangat sangat. Lagi lagi bila orang yang rapat dengan aku buat macam tu. Aku tak tahu apa salah aku, alih alih di-ignore. Giler lah, memang geram jugak. Macam sellfish giler dia. Serius, aku rasa masa tu, kalau aku kena hentam, kena maki or kena tengking pun takpe. Asalkan aku tahu ape yang buat dia marah kat aku and aku boleh berubah. Sebab ape? Sebab aku sayang dia.


Aku terfikir jugak, memang semua orang tak perfect. Macam aku jugak. Aku ni nampak je pendiam, tapi sekali ayat keluar, memang perit telinga orang dengar. Aku ni nampak je lembut, tapi sekali perangai setan aku keluar, habis semua orang menyampah. Aku ni nampak je tak banyak cakap, tapi sekali aku menulis dalam blog, ramai je yang terasa macam aku tuju kat dia sangat.



its so complicated when you are trying to figure out what you have done before until you know the truth.



Ehem, betullah orang cakap, "what goes around, comes around". Aku pernah buat kat orang macam tu, so Allah nak bagi aku rasa apa yang aku buat kat orang. Kiranya, aku kena redha gilergiler lah sebab it's my turn. Thanks Allah. Kalau tak aku takkan dapat rasa benda benda ni semua.


By the way, thanks jugak kepada kawan aku.. Dengan ujian yang kau buat ni, aku dapat rasa pelbagai perasaan yang berbeza. Aku dapat kenal sedih, kecewa, gembira, geram and semua. And, aku dapat kenal jugak orang yang masih hargai aku, yang sayangkan aku, yang selalu ada bersama aku waktu senang or susah. AKU HARGAI SANGAT SANGAT.





Sampai sekarang aku still rasa bersalah kepada kawan yang pernah aku pulaukan tu. And, aku hargai orang yang pulaukan aku tu. Memang best, tapi kena ingat jugak. Orang akan berubah berdasarkan kritikan. Kalau kau nak aku teruskan macam ni, go ahead. Aku akan jadi macam ni, tak berubah. And sampai satu masa, kalau kau memang dah tak boleh langsung tengok muka aku lebih daripada sekarang, jangan salahkan aku.


By the way, aku sayang kau. Kau kawan aku, pernah rapat dengan aku. Kau jugak yang pernah bimbing aku, yang pernah ajar aku macam macam. Aku takkan lupa jasa kau. Serious, aku sayang kau. Tapi kalau kau macam ni, its up to you. Aku tak boleh nak cakap ape dah. And aku tak boleh berubah.


PERGH! Aku rasa macam berjela lah pulak. Sadis an? Life aku sekarang macam terbalik dowh. Benda yang aku pernah buat dulu, jadi kat aku dengan cara yang terbalik. Giler. Feeling tu macam nak suruh aku bunuh diri, nak merantau kat tempat lain pun ade jugak. HEHEHEE







p/s : sorry, entri ni agak emo. fikiran tak berapa nak betul. HAHA



1 comment: