Surat ni khas untuk seseorang. PEREMPUAN.
Okay, anda anda dan anda, sila jangan perasan. Aku tulis memang untuk SESEORANG. Bukan untuk BEBERAPA ORANG. Harap maklum.
_______________________________________________________
You,
Aku tak tahu ape sebab aku tak puas hati dengan kau. Aku rasa aku ni agak talam dua muka. Tapi, kau yang buat bodoh bila jumpa aku. Nape? Kau rasa bersalah or what? Aku rasa kau takde salah ape ape kat aku. Aku pun takde salah pape kat kau.
Dari sudut yang aku nampak, kita ni banyak persamaan. Pendek sama, comel sama, *opsss, comel?* Kesukaan sama. Berkawan dengan orang yang sama. Sekeliling kita banyak yang sama. Cuma, boyfriend je tak sama. Kalau sama, makan penampar lah jawabnya :) Oh lupa, muka pun tak sama. HAHA
Tapi aku masih lagi pelik, ape kehelnya kita ni tak ngam langsung macam kita ngam dengan orang lain? Dari aku mula mula masuk sekolah tu lagi. Sampai sekarang. Dah nak masuk 7 bulan dah pun. Memang, nampak kau tak suka aku. Aura tu aku dapat rasa. HUAHAHAA~ Hebat tak aku? xD
Or, disebabkan family aku? EH? Sepupu sepapat aku? Err..
Tapi, dulu memang kita tak bertegur. Then, kita bertegur. Sikit sikit. Then tak. Then bertegur balik. Then tak. Then, tiba tiba aku minta maaf. Kira bertegur balik lah tu. Errr, aku pun tak tau nape aku minta maaf masa tu. Pelik. Tapi lepas tu, kita tak bertegur balik. Jumpa pun macam tak nampak. Oh lupa, aku rabun masa tu. Kau? Takkan rabun jugak?
Kita boleh tangkap gambar sama sama. Errr, yang ni aku pelik. HAHA. Masa bertegur kita boleh tangkap gambar sama sama kan? Then, bila tak bertegur, time setan amende entah datang kat kita berdua ni, kita buat dunno je kan? Pandangan pun belum tentu berselisih bila dah duduk dekat dekat. Nape eh? Muka aku dengan kau macam hantu ke sampai kita tak nak tengok antara satu sama lain? 0.O'
Seriously, aku tak pernah berkawan dengan cara macam ni. Lawak pun ade jugak. Tapi tulah, MYSTERY je feeling kitorang. Kan aku dah cakap, aku dengan kau, banyak persamaan. Ego pun sama sama melangit. Bila kau perasan kau cun, aku perasan aku kachak. Bila kau perasan kau lawa, aku perasan aku macho.
So, disebabkan benda tu lah, kita tak boleh nak ngam langsung kan? Kesalahan, aku rasa sama. HEHE. Tak tau lah kau lebih or kurang sikit daripada aku. Kau tak suka sepupu aku, aku tak suka.. Emmm.. Sape eh yang rapat dengan kau? =.=' Tapi kan, kita pernah bergaduh ke sebelum ni? Aku musykil ni, musykil.
Oh, by the way, aku dapat tahu kau on the way nak buat benda yang aku sedang buat. Ape dia? HAHAHA, tak perlu tanya. Dia tahu sendiri. Sememangnya, kita boleh je kongsi info pasal benda tu kan? Aku tahu kau minat, aku nampak. Sebab kita kan banyak persamaan? :D Tapi tulah, aku tunggu kau, kau tunggu aku. Sebab masing masing EGO.
__________________________________________________________
Dah siap. Aku tahu, dia akan baca. And aku tahu, benda ni akan sampai jugak kat dia. Tak perlu tanya siapa YOU tu. HAHAHA, lawak. Aku memang rasa nak gelak aje kalau teringat kat dia.
Disebabkan aku tak bercakap dengan dia sekarang, so aku tulis dalam blog. Aku tahu dia akan baca blog aku sebab aku pun baca blg dia jugak. Kitorang kan ada banyak persamaaaan :)
Okay, letih merepek tengah tengah malam. Bye!
p/s : seronok tau dapat kawan pelik. nak try? tak perlu. sebab banyak rasa bersalah daripada rasa gembira :)
No comments:
Post a Comment