January 6, 2012

Kawan jadi lawan , lawan jadi kawan ,



Hai and hai semua. Aku nak start membebel dulu. Satgi aku rasa relaks, aku stop ah XD


Hal ni agak serius aku tengok *berdasarkan tajuk* untuk budakbudak sekolah. Even benda ni pun jadi kat aku sendiri. And yeeee, aku pun banyak menyumbangkan pahala kepada orangorang yang aku tak suka dulu dengan buat macammacam jenis ketupat dengan kawankawan aku. Dari ketupat kecik, sampai ketupat besar, semua aku pernah buat dulu. DULU jeee, sekarang tak :P


Bila dah mengumpat orang, mengeji orang, hape kau dapat nisss? NOTHING ! And of course, NOTHING tu yang menyebabkan aku nampak SOMETHING. Sememangnya, orang yang kena umpat tu, tak tau pape pun. Kesian kan? Tapi takpe la tak tau, selagi boleh BERSAHABAT walaupun dalam keadaan yang paling sadis. HAHA


SOMETHING yang aku nampak tu, AKU NI PERFECT SANGAT KE, SAMPAI SEMUA ORANG NAMPAK TAK BETUL. And of course, bila aku tengok orang yang aku umpat tu, macam kesian ah pulak. Lepas tu aku tengok orang yang duk ngumpat dengan aku tu. WAHHH, rasa perfect pulak dia. Alahaiii, lagi kesian aku tengok. Macam puas hati sangat dapat mengumpat pasal orang.


Aku pernah tulis pasal ni kat notes facebook aku. So, aku copy paste je, untuk kongsi sama sama yawww :)


Dulu, ayat BFF selalu je aku dengar bila berkawan rapatrapat, ketatketat, sendatsendat. Tapi bila dah bertikam lidah, main cakarcakar, ayat BFF pergi campak dalam longkang camtu jee~ Macam sampah yang tak pernah nak berbakti kat kita. Ehhh, even sampah pun pernah berbakti jugak lah =.='


Tibatiba aku terfikir, apa guna BFF bila kelemahan and kekurangan kawankawan sendiri tak boleh nak terima? PLEASEEEEEEEEEEE LAH, korang tau tak bila masa nak guna perkataan BFF tu? Bila masamasa macam ni lah. BFF tu bukan untuk masamasa bersenang-lenang and masamasa geng ramai jelah kawankawan ku sayanggg :)


By the way, aku ni bukan nak menyibuk, tapi pelik je. Pelik sebab ape? SEBAB KEBUTAAN MATA, KEPEKAKAN TELINGA and KELANCANGAN MULUT tu haaaa~ Ohoiii, tak boleh nak dengar duadua pihak ke? Dah pekak sangat ke? Sorry to say, aku tengok pun dah nampak kebodohan tu tau tak? Aku baru je tengok, belum orang lain yang tengok. Ade ke kawan yang selama ni rapat, sendat, mampat, ketat semua boleh dikutuk? Camtu ke maksud BFF?


And and, kau pasti ke kawan yang kau tinggal tu dah cukup jahat? Kau pasti ke kawan yang kau pergi tu dah cukup baik? Kalau rasa dah cukup baik pun, perangai dia tetap kau nampak buruk nanti, sebab sama je perangai macam kawan korang yang kau tinggal dulu. Kenapa? Sebab kita selalunya akan serasi dengan orang yang sekepala dengan kita kan? :)


Seriously, kalau aku, aku malu nak tulis ayatayat yang tak patut kat kawankawan rapat aku. Tak berani nak mengata terukteruk kat kawankawan rapat aku. And, tak berani nak tayang kat orang lain yang aku bergaduh dengan dia. Sebab apa? SEBAB KITA PERNAH RAPAT DENGAN DIA. KITA PERNAH MENGAGUNG-AGUNGKAN dia dulu.


Dulu, kau lah teman baik aku, kau lah sahabat sejati aku. Sekarang? Kau lah laknat, kau lah celaka. Ehhei, kau dah lupa kau pernah rapat dengan dia? Dah lupa kenangan korang? Dah lupa jasajasa dia, *even takde jasa pun, dulu tempat korang meluah perasaan*. Dah lupa pada GELARAN BEST FRIEND FOREVER (BFF) korang yang pernah korang bagitau kat semua orang dulu?


Bila dah menyampah, kawan tulah yang kau buat macam sampah. Bila kau pulak yang kena, kawankawan kau yang lain tu plak buat kau macam sampah. Tinggal sorangsorang. Nak? Aishhh, berpusingpusing, masingmasing dah kena, tapi still tak sedarsedar. Padahal samasama kutuk, samasama mengumpat. Kalau dah satu group tu, yang sorang tu celaka, yang lain pun celaka lah jugak. Takkan sorang celaka, dia sorang je celaka? Bukan satu group ke? Mestilah buat benda semua sama. Even mengutuk orang pun semua sama. Kalau tak, tak keluar macammacam cerita and umpatan kan?


Satu je kesimpulan yang aku boleh buat, semangat assabiah tu buang lah derr~ And satu lagi, jangan memalukan kaum sendiri boleh tak? Aku malu betul tengok videovideo perempuan bergaduh apa semua. Habis semua nak tarik. Hodoh betul -.-


Last but not least, aku bukan nak berpihak manamana, aku cuma nak menegur. Aku bukan nak menyindir, aku cuma nak buka mata korang luasluas. Setiap kawan ada baik and buruk dia. Tak percaya? Tepuk dada, tanya diri. And, makin rapat korang berkawan, makin banyak kekurangan dia yang korang tau. Makin banyak kekurangan dia yang kau tau, sila silakan lah banyakkan sabar korang yeee :) Kalau tak, tak payah nak berkawan !






p/s : Sekarang aku tak percaya kat sape sape, even orang terdekat dengan aku pun. Sekali kena, berani lagi ke nak biarkan diri merana lagi? :)





January 5, 2012

Byebye 2011 and Hello 2012 ,



Ehem. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga bloggers, facebookers, twitters and -ers ers yang lain sekalian. Err errr, *speechless*. DAH LAMA TAK TULIS BLOG ! Aku tak rindu langsung wehhh ! XD


Apa apa jela. Hari tu, aku off blog pasal SPM. Then, hari ni baru on balik. Wahhh ! Mimpi apa? Mimpi kelaparan nak makan ABC yang dibelanja oleh Encik Khairul Anuar la ni. Huahahaaa~ No lahhh, aku rasa nak menulis. Banyak benda aku nak share, lebih lebih lagi pendapat aku. Rindu jugak nak meluah teruk teruk dalam blog ni kadang kadang :P


By the way, macam macam benda terjadi sepanjang blog aku dibiarkan sepi sendirian ni. Kesian aku. Dari Kajang pindah ke Dungun. Dari Dungun, pindah ke Besut. Dari Besut, pindah ke mana pulak? Aku pun tak tahu.


Azam tahun baru ! Dah alang alang 5/1/2012 ni, aku nak buat muka toyaaa la kat sini. Wish HAPPY NEW YEAR yang paling lambat kepada sekalian makhluk macam tahun tahun lepas. Ngeheheeee~ Azam pleasee, azam? Horrr, azam aku banyak. List neh?


@ Nak jadi kakak paling baik + mithali sepanjang ada kat rumah ni.

@ Nak belajar masak + kemas rumah sampai bersih !

@ Nak jadi lebih berani.

@ Nak belajar loghat loghat pelik dari banyak negeri. Muehehehee~

@ Nak kumpul duit banyak banyak!

@ Nak kahwin aci dakk? HAHAHA


Dah dah, letih dah. Nanti aku tulis lagiiiiiiiiiiiiiii banyak kat sini nehhh :D





p/s : bisnes time ! ^^




May 27, 2011

Apa gunanya COUPLE ?




Bila kena ceramah tadi, rasa macam.. Ow-eM-Gee, memang aku salah. Semua sebab COUPLE. Memang, no need to pretend what you do, because you know that you are totally at the left side. Totally failed bila nak backup diri sendiri pada masa tu.


Tapi, bila aku fikir fikir balik, aku rasa macam orang lain tak boleh nak letakkan salah tu kat aku sorang je. Sebab aku rasa aku couple ade untung kat aku jugak. Ehheii, jangan fikir yang aku ambil kesempatan. No, no, no. Aku baik, tak macam korang. Mueheheee~


Ada untungnya bila pasangan korang ialah :


@ Your bestfriend

Selalu dengar segala macam masalah kau, tak kiralah yang kau rasa besar macam gajah ke, kuman ke, dia tetap akan dengar. And diri kau sendiri pun, dianggap olehnya sebagai BESTFRIEND, bila selalu meluahkan masalah dia. Even tak boleh nak buat apa apa, kepercayaan yang diberi tu, memang bermakna kan? :)





@ Your kaunselor

Bila dah dengar problems kau, dia akan bagi kau nasihat. Memang susah lah nak jumpa orang macam ni. Yang rajin bagi nasihat and tegur. Lagi lagi lelaki. Perempuan lain sikit, caring dia lain macam. Sampaikan ada yang terlampau caring, siap tambah dengan perisa terlampau jealousy dia tu. Huhh, manusia.



@ Your doctor

HAHA, yang ni macam tak munasabah lah kan? Tapi ade jeeee, yang selalu risau pasal kau, ambil tahu hal kesihatan kau. Memang doktor tak bertauliah pun, tapi boleh lah kita ni nak merasa disayangi sikit :P





@ Your share-partner

Macam aku, aku nak buat bisnes. He gives me some money untuk buat modal. Then, dia bagi aku support. Walaupun aku baru merangkak dalam bidang tu, tapi dia percaya kat aku :) And, aku tak minta satu sen pun duit ayah aku masa tu sebab ada dia. Cuma, kakak aku pun masuk jugak share dia. HIHIII..



@ Your parents

Berani pertahankan hak kau, berani backup kau, even kau salah. Pantang orang mengata kau, mengeji kau. Benci pada orang yang menjatuhkan maruah kau and family kau. Kau rasa kan, ada ke mak ayah yang sanggup anak dia dicaci maki oleh orang lain? No way girlsss and boysss.. So, kalau kau rasa korang selalu down bila diburukkan oleh pasangan sendiri, cabut lari jek. Macam susah. Dia pun taknak kat kau weiii..





@ Your teacher

Bila kau tak tahu ABC, dia ajarkan. Bila kau tak tahu mengira, dia ajarkan. Dia bukan serba boleh, tapi dia serba tahu tentang sesetengah perkara. Alaaa, nobody perfect kannn.. Rileks lah. Tak payah malu nak tanya sesuatu and tak perlu malu untuk mencari ilmu. Aku pun ada masalah jugak. Aku broken english, buta IT, buta niaga. Then aku minta dia ajarkan. Boleh je? Menjadi pulak :)



@ Your soulmate

Ini, jangan berangan lagi. Habis belajar baru boleh. Dah, dah. Memang lah, dah ade kekasih semua anggap soulmate je kan? Biar ex boyfriend(s) berlambak pun, tetap anggap semua tu soulmate. What the fuuu, macam boleh kahwin sepuluh je dowh =.='





_____________________________________________



So? Apa pendapat korang? Aku tak dapat nak tengok dari segi yang terlampau buruk, sebab aku nampak something yang baik kat situ. Ada jugak keburukan couple ni, tapi..


Hmmm, by the way, apa gunanya couple kalau tak reti nak ber-couple kan? Sikit sikit gaduh, sikit sikit menangis. Macam tu ke couple actually? Kalau macam tulah gaya ber-couple, gamaknya aku ni tak reti ber-couple lah? Cheesyyy, BIARLAH, ASALKAN DIA SAYANG AKU.


Okay, dah. BYEBYEEE ~






p/s : sakit jantung pun ada jugak bila orang yang kita percaya rajin tikam dari belakang. lantaklah, memang boyfriend aku ni berguna pun daripada kau.



May 21, 2011

Bahagia lah ,

Alhamdulillah, teruja giler hari ini. Walaupun duduk kat rumah je, macam macam benda baik jadi. Memang tak terjangka! Happy bebenor hari ni xD


First, kawankawan aku. Memang aku rindu. Tibatiba dapat information from ayah aku, Khamis nanti balik Kajang. Eheheheee, boleh jumpa kan? :D Sekejap pun jadi lah.


And the second one, aku berniaga. Ohh, baru je start. Aku bukan reti sangat. Tapi berkat idea cousin aku, sokongan family aku and nasihat Encik kaunselor aku tu, berjalan jugak. Now, agak teruja lah.


Thanks banyakbanyak semua, termasuk costumers aku yang rajin duk promote jugak :D


So, dengan ini, aku akan mem-busy-kan diri dengan perniagaan baru aku and examination yang gila macam sengal. HEHE, jangan menangis ye blog, aku akan jenguk kau jugak bila ada masa :)


By the way, sape sape yang berminat nak tambah aksesori kat mata tu, boleh contact facebook aku. Kot kot berminat nak tanya ape ape kan :D






p/s : aku giler contact lens sekarang! HEHEEE :D

May 19, 2011

Rasa nak meluah perasaan. Boleh kan ?



Entri ni tak nak gambar dah. Yang bawah dah penuh dengan gambar :) Yang ni hasil coretan aku je dari hati yang kecil lagi suci lagi murni ini. Ecehhh :P


Sejak aku pindah ni, memang aku rindu kat kawankawan aku kat Kajang. Tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni, makin bertambah kerinduan aku kat diorang. Kadangkadang aku boleh TERingat time kitorang form 2 dulu. Errr, agak lama benda tu, tapi bila terjangkau jugak minda aku ni, memang teringat lah.


Dalam 3 tahun tu, banyak betul benda yang aku belajar. Yes, belajar jadi manusia yang confident, manusia yang pandai berdikari, manusia yang tahu macam macam.


Alhamdulillah, benda benda tu semua boleh aku pakai untuk survive life baru kat sini. Dikelilingi oleh macam macam perangai manusia, aku boleh. Memang, aku rasa aku kuat dengan apa yang Allah bagi aku sekarang. Tapi kenyataannya, bila aku teringat balik kat korang, aku sangatsangat perlukan korang. Aku nak korang. AKU NAK SANGAT SANGAT KORANG ADA KAT AKU SEKARANG ='(


Aku perlukan someone yang berani marah aku kalau aku ada buat silap. Alin, mulut dia sangatsangat laser. Dulu tu, kadang kadang aku terasa jugak. Tapi bila dia takde kat sini, aku tak tau ape kekurangan aku, apa salah silap aku. Takde siapa yang berani tegur aku buat salah. Yang tolong marah aku sampai aku takkan buat benda tu balik ='(


Then, aku perlukan someone yang boleh nasihatkan aku macam macam. Mira, dia macam emak yang suka berleter, tapi apa yang dia leter berguna. Tibatiba rindu nak makan masakan kau Mira :P Kau selalu bagi nasihat yang aku boleh pakai. Macam macam kot. Daripada hal berkawan, boyfriend, makanan, semua la.


Lagi satu, aku perlukan someone yang boleh diajak menangis, ketawa sama sama. Bukan ketawa je. Yes, Wafa. Aku ingat lagi masa kes bergaduh dengan senior dulu. Kau backup aku, walaupun kenyataannya aku yang salah. Kau buat muka garang kau, sampai semua orang benci kita. Kau keluarkan tengkingan kau, sampai semua senior meluat dengan kita. Walaupun aku yang sepatutnya dibenci kan?


Tapi, benda tu semua dah berlalu. Dah hilang kat belakang. Sekarang just boleh intai intai gambar je. Aku duduk jauh, tak dekat dengan korang. Now, tumpuan aku kat exam and Khairul Anuar je. Bukan macam dulu. Pengawas, kelas, exam, kawankawan. Aku rindu ke-busy-an tuuuu !


Aku tau korang busy sekarang. Macam macam benda korang nak buat kan? Tapi bersyukur la, at least korang disayangi. Boleh busy sama sama. Boleh gelak sama sama, nangis sama sama. Aku? Alhamdulillah, ada jugak kawan. Sorang dua pun aku bersyukur. Daripada takde. Tapi life aku lebih kepada budak nerd, yang rajin belajar. HEHEHE


Tapi, yang paling tak boleh blah, sejak takde korang ni, aku dah tahu kenapa pentingnya boyfriend dalam life aku ni. And, aku tau macam mana nak hargai boyfriend. Aku belajar jugak nak spend time dengan boyfriend yang merangkap bestfriend, kaunselor, share-partner, ibu ayah, hero, and semua lah. MUAHAHA. Selama ni tak pernah pernah rajin nak spend time dengan boyfriend kan? Nama je ade boyfriend, tapi macam takde. And Wafa, aku pernah cakap dulu kan, "Aku sayang kau lebih daripada A******". Kan? Jujur wei aku cakap benda tu.


Life aku kat sini memang berubah. BANYAK SANGAT SANGAT. Kalau dulu duk meronggeng dengan korang lepas balik sekolah, sekarang tak, balik rumah terus. Kalau dulu menyemak mana mana dengan korang, all girls, sekarang mana ada dah. Usually aku lepak dengan orang yang sama, lelaki. Kalau dulu dari pagi sampai petang, tengok muka korang jela. Sekarang, aku tatap muka family aku je :)


And yang paling berubah, kalau dulu, pantang ada cuti sekolah, aku akan amik cuti lebih kan? Cikgu pun dah hafal. Nak balik kampung lah tuuu.. Tapi sekarang, takdenya nak amik cuti lebih. Dah lepak kat kampung dah pun. Tapi beza nya, sibuk mintak kat ayah nak balik Kajang, nak jumpa korang. HAHAHA


Aku rindu giler lah nak handle event kat sekolah. Aku rindu giler lah nak rasa busy dengan korang. Aku rindu giler lah nak tension tension sebab kena marah dengan cikgu, kena buat pilihan sendiri macam hari guru tahun lepas. Aku rindu semua lah !


And by the way, sorry la, aku jarang cerita pasal korang dalam blog aku. Jangan risau, aku ada cerita pasal korang dalam buku karangan, essay, tatabahasa, ape semua. Bila nak study, aku tengok lah pasal korang :P






p/s : tak puas lagi. aku nak cerita lagi. tapi dah maghrib, so tak boleh. okay, byebye ='(




Aku rinduuu ,
















































Mampos la, aku memang suka tayang gambar. Lagi lah time time aku rindu ni. Memang naik gila lah. Kebetulan pakcik blogspot.com ni macam baik gila plak ngan aku hari ni, lagi menggila lah aku. Mueheheheee~






p/s : rindu wafa, mira, alin. rindu giler dowhhh ..



May 4, 2011

Gila ! Kau apa kes tak bagi aku study hah ?!!! Aku nak exam next week ni !



Hm? Tajuk nak menggedik tahap dolphin bertelur apahal? Muehehee~ Rileks lah bhaii.. No marah marah in this entry. Gimik je lebih. Jangan la terkejut sampai jantung naik ke anak tekak plak. Aku terajang jatuh sungai baru tau. Hiperbola betul.


By the way, aku ada masalah sekarang. Agak besar. Bukan agak, tapi memang besar gedabak lebih daripada gajah. Serius aku tension fikir benda alah ni. Lagi lagi next week, 9/5 aku dah start exam =.='


Aku terikat dengan satu benda ni. Benda tu memang aku dah lama tak sentuh. Dalam duatiga tahun lepas? Hmmm.. Aku dah gilaaaa,


NOVEL dowhhhhh~


Mueheheee~ Sorry la, bajet gempak masalah tu memang perangai aku. Saja nak bagi korang berdebar sikit. Ala, bukan senang nak buat orang berdebar. Kalau tak berdebar pun, buat buat jela. Kesian aku penat lelah menulis.



yes, and i'm not perfect.



Okay, stop merepek meraban. Sekarang ni, aku fall in love with novel(s) HLOVATE. Even baru satu je aku baca *satu je pun, eksyen lebih*, aku dah jadi angau dengan novel dia. Bapak lah sweet gila cerita aA+bB. Berangan aja aku baca cerita tu.


Actually, aku start baca novel ni baru last week. Beli buku HLOVATE pun sebab cousin aku cakap penggunaan bahasa dia bagus. Bahasa Melayu and Bahasa Inggeris. Disebabkan aku rasa kosa kata yang aku pakai makin lame and tak best, aku try la carik baru dengan baca novel :D


Tak sangka pulak melekat. Serius best cerita HLOVATE. Lepas ni aku nak cari lagi buku buku dia. Bukan sebab cintan cintun tu. Tapi sebab penggunaan kosa kata dia yang bagus *ayat cover bajet tak gatal*.


aA+bB sangat sangat best ! *kesian, baru baca. buku lama kot* XD


Next week exam -.-' Aku tak suka exam. Suka lah, sikit sikit. Sebab nak tau kemampuan aku paras mana. Tu je. The rest, TAK SUKA. The most busy month. Urgh.



aku ada banyak wishes. semua aku nak capai. as soon as possible :)



Sorry la korang, melalut pasal novel pulak. Problem aku kannn. Sekarang dalam mood exam. Tapi mood je yang nak exam. Diri malas. Konon konon takut muka jadi petak macam buku. Memang tak boleh pakai alasan tak senonoh tu. Ngeheheheee~


Bye! Nak menyulam mimpi yang indah di atas bunga taik ayam yang mekar harum lagi mewangi. HUAHUAAA, mentang mentang baca novel annn, ayat bajet nak jiwang je kerja XP





p/s : aku pernah like group no exam = save trees kalau tak silap. tension punya pasal xD



May 2, 2011

Tips selepas clash *layak untuk budakbudak bawah umur 18 tahun*,



Sedih la aku tengok budakbudak sekarang ni. Bercinta bagai nak rak, last last clash camtu je. Dah la baru tingkatan dua, tiga. Darjah empat, lima pun ada jugak? Serius, aku tak boleh kalau orang share problem pasal benda alah ni kat aku. Aku tengok pun tak boleh. Aku kesian.


Sebabnya, aku pun pernah hadapi benda alah camni. Tapi aku tak pernah ambil serius. Oh tipu. Pernah la ambil serius, tapi masa form 1. HUAHUAAA, bapak kecil aku masa tu. Jahil giler. Tak reti bercinta nak bercinta jugak xD Last last frust menonggeng tertonggeng. Zaman jahilliah sungguh. HAHA


By the way, kat sini aku bukan nak share pasal story orang putus cinta or story orang yang dah terlebih bercinta sampai dapat semai benih or what. Aku just nak bagi tips je. Tips supaya korang tak bersedih masa clash :)





__________________________________________________________



  • Don't : Try to be the others.

Please, jangan sebab frust putus cinta, sibuk duk usha usha EX korang. Ohhh, bukan usha EX korang. Tapi usha siapa yang EX korang tengah usha lepas clash ngan korang. Faham ayat tu? Pening? Pergi hancurkan laptop korang kalau pening lagi :D

Benda ni akan buat korang nak jadi macam orang tu. Please, be yourself. Jangan disebabkan dia, korang nak tiru gaya orang yang ex korang minat. Malu lah. Maybe diorang memang dah tak minat korang bukan sebab korang tak cantik, tapi sebab dah bosan. So, tolonglah mem-bosan-kan diri korang bila melihat ex korang tu :)


  • Don't : Simpan barang barang yang dia pernah bagi kat korang

Kalau boleh bako je segala harta benda yang pernah dia bagi tu. Kita bako kita bakor! Kalau nak untung sikit, jual. HAHAHA. Boleh lah nak buat beli berkotak kotak tisu untuk mengelap air mata :P

Benda ni memang sakit pada awalnya. Tapi, kalau tak buat, kita akan teringat kat dia selalu. Boleh sakit jiwa tau? So, jauhkan barang barang yang dia pernah bagi daripada korang supaya tak jadi gila bayang :)






  • Don't : Try to make them fall in love with you again

Maybe boleh. But better jangan. Sakit tahu tak? Nak rebut balik tu, ego kena rendahkan, maruah pun tercalar sedikit. Auch. Maybe aku ni ego, sebab tu aku bagi nasihat macam ni kot? HEHE

But truth or not, usia korang masih muda untuk mencari pengalaman lain, dengan pelbagai ragam manusia. Kalau kau nak kenal dia sorang, rugi lah.


  • Don't : Ingat janji janji manis yang pernah diungkapkan

Benda ni akan buat korang makin sedih, makin nak menangis. Please, jangan ingat. Baik korang ingat nikmat yang Allah bagi kat korang. Apa nikmat dia? Nikmat perasaan bercinta, nikmat perasaan sedih, geram, marah and bahagia. Korang sedar tak yang korang ni beruntung sebab korang dapat rasa feeling tu semua? Ni tak, sibuk nak salahkan takdir. Puih, takdir kau. Diri sendiri yang silap, nak salahkan takdir konon.





___________________________________________________


  • Do : Cari orang lain

Ni kalau kes kes ex tu curang. Ehheiii, kau ingat dia jodoh kau ke? Umur tak sampai satupertiga abad, ada hati nak tunggu orang tu macam orang bodoh? Baik cari lain lah, tak sakit hati, bahagia pun mari :)




  • Do : Busy-kan diri

Kalau agak agak homework tinggi menggunung mengalahkan Gunung Everest, better korang pergi buat. Korang tu budak lagi, takde guna menangis macam nak gila. Kalau dia kesian pun, bukan boleh kahwin lagi. TAK LAYAK pun lagi.

So, pergi busy-kan diri tu. Mana tau kot kot kecundang dalam percintaan, tapi up dalam pelajaran. Untung la nasib badannnn ~


semangat! macam domo :D



  • Do : Muhasabah diri

Bila dah clash, kita boleh muhasabah diri kita. Tengok apa silap kita. Apa salah kita. Kalau tak, takkan boleh jadi macam tu kan? Semua orang ade perasaan tak puas hati, bukan kau sorang je. So, mesti ada silap mana mana sampai boleh BERpisah kan?


  • Do : Banyakkan mengingati ALLAH

Hari tu aku ada dengar, couple ni haram sebab boleh melalaikan kita. Oh ya, maksud kat sini, boleh menyebabkan kita ni tak ingat kat Allah, duk teringat kat boypren je kan. So, korang ambil kesempatan ni, pergi taubat lebih sikit. Kasi sejuk hati, sejuk badan. Mana tau kot kot hilang segala dosa dosa kecil yang pernah korang buat time couple dulu. *aishhh, aku pun kena jugak ni*


  • Do : Senyum selalu

Jangan terlampau tunjukkan kesedihan kita supaya orang kasihan. Itu akan membuatkan kita nampak lemah and tidak bermotivasi.



_______________________________________________________



Jangan terasa, ni tips untuk mengurangkan kesedihan. Yes, aku pernah buat, lagi lagi yang cari orang lain tu. HUAHAHAHAA ~


Okay, bye korang ! Letih menaip :P





p/s : HEHE, study tak, sibuk kasi ceramah cinta. tak senonoh! XD